suria

Ronaldo akan tetap jaringkan gol walaupun di usia 75 tahun - Guardiola

Guardiola percaya Ronaldo akan tetap jaringkan gol walaupun di usia 75 tahun.

PENYERANG Manchester United, Cristiano Ronaldo, akan tetap "lapar" untuk menjaringkan gol walaupun selepas tamat tempoh kariernya, kata pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Pemain antarabangsa Portugal itu telah menjaringkan sembilan gol dalam 11 penampilan.

Itu termasuk dua jaringan ketika menentang Atalanta dalam Liga Juara-Juara.

Ronaldo ketinggalan dua gol untuk mencatatkan 800 gol dalam semua pertandingan untuk kelab dan negara, sesuatu yang mampu dicapainya ketika bertemu City dalam perlawanan Liga Perdana pada sabtu.

Bekas pemain Sporting CP, Real Madrid dan Juventus ini telah menjaringkan tiga gol dalam lima derbi Manchester terakhirnya, yang paling baru-baru ini berlaku pada Mei 2009.

Guardiola memuji pemain berusia 36 tahun itu pada malam perlawanan ketika City.

“Dia akan menjaringkan gol sepanjang hidupnya.

"Dia akan berusia 75 tahun, mungkin bersara, tetapi dia akan berada di tempat barbekunya sendiri bermain dan dia akan menjaringkan gol.

"Lelaki seperti [Lionel] Messi, seperti dia, apa yang telah mereka lakukan dalam dekad terakhir dalam bola sepak dunia, menjaringkan gol dan gol dan gol serta membantu pasukan mereka menang," kata Guardiola kepada Sky Sports.

Ronaldo menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak Serie A musim lalu dengan 29 gol, menjadikannya pemain pertama yang mendahului carta penjaring di Itali, Sepanyol dan England. - stadium astro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain