suria

Cedera buah zakar, peninju MMA terkejut dirinya jadi perhatian ramai

Lohsen Christian Lohsen, pecah buah zakar, peninju MMA, peninju cedera ketika berlatih. Foto: @monkeyjiujitsu/Instagram.

MALANG menimpa seorang peninju MMA apabila buah zakarnya pecah ketika menjalani latihan.

Menurut Christian Lohsen, dia terkejut apabila dirinya menjadi buruan pihak media selepas berita kemalangan itu tersebar.

"Semenjak saya sakit, saya jumpa banyak artikel yang ditulis mengenai saya.

"Tapi saya juga menerima sokongan daripada orang yang tak saya kenali. Ramai juga yang menjadikan hal ini sebagai jenaka.

"Terima kasih semua, saya akan pulih tidak lama lagi," ujar Lohsen.

Peninju itu turut berkongsi foto memaparkan dirinya sedang terbaring di atas katil hospital pada Sabtu lalu.

Lohsen terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang buah zakarnya akibat kemalangan itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain