suria

Kes ugut video seks rakan sepasukan, Benzema akhirnya terima hukuman

Selain hukuman penjara, dia turut diarahkan membayar denda sebanyak €75,000 (RM354,103). Foto: David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images.

PEMAIN bola terkenal, Karim Benzema dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama setahun selepas didapati bersalah dalam kes ugutan video seks.

Penyerang Real Madrid itu didapati bersalah kerana mengugut bekas rakan sepasukannya, Mathieu Valbuena berhubung sebuah video seks pada tahun 2015.

Selain hukuman penjara, dia turut diarahkan membayar denda sebanyak €75,000 (RM354,103).

Empat lagi lelaki, Axel Angot, Mustapha Zouaoui, Younes Houass dan Karim Zenat turut didapati bersalah dalam kes tersebut.

Bagaimanapun, Benzema tidak hadir dalam beberapa perbicaraan sebelum ini.

Jelas peguamnya, Benzema tidak dapat hadir kerana terlibat dalam latihan bersama Real Madrird menjelang pertembungan bersama Barcelona tidak lama lagi. - ESPN.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain