suria

Berdepan lawan lebih muda, peninju umur 52 tahun diusir keluar gelanggang gara-gara guna taktik kotor

Muranski sepatutnya berlawan dengan Arkadiusz Tancula dalam lima set penuh, namun diusir pada set keempat.

PENINJU berusia 52 tahun, Jacek Muranski diusir keluar dari gelanggang gara-gara menggigit pihak lawan dalam pertempuran di Arena Ergo, Poland, pada minggu lalu.

Dalam perlawanan itu, dia sepatutnya berlawan dengan Arkadiusz Tancula dalam lima set penuh, namun diusir pada set keempat gara-gara menggunakan taktik kotor.

Muranski kelihatan bertungkus-lumus pada set keempat, namun dia mula menggigit bahu peninju berusia 32 tahun itu kerana enggan dikalahkan dengan mudah.

Selepas diusir, Muranski yang sedang ditemubual turut disorak teruk oleh penonton gara-gara tindakannya itu.

Untuk rekod, Trancula sepatutnya berlawan dengan anak Muranski iaitu Mateusz dalam perlawanan tersebut selepas pertemuan terakhir mereka pada Mei lalu.

Namun, Muranski tampil menggantikan anaknya dalam acara itu atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain