suria

KL City tewaskan JDT 2-0, akhiri penantian 32 tahun julang Piala Malaysia

KL City menewaskan JDT 2-0 pada aksi final Piala Malaysia sebentar tadi. Foto: The Star

PENANTIAN selama 32 tahun Kuala Lumpur City (KL City) berakhir apabila muncul juara Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) 2-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pemain sayap kanan, Zhafri Yahya dan kapten Paulo Josue menjaringkan gol masing-masing pada minit ke-65 dan minit ke-72, mengejutkan JDT selaku juara bertahan.

Kemenangan tersebut juga sangat bermakna buat KL City kerana memenangi gelaran itu pada ulang tahun Piala Malaysia yang ke-100. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

KL City, Piala Malaysia, JDT

Artikel Lain