suria

Toni Kroos, Iker Casillas bersuara selepas Messi rangkul anugerah Ballon d'Or - “Makin sukar untuk mempercayai anugerah bola sepak”

Toni Kroos dan Iker Casillas berpendapat individu lain lebih layak merangkul anugerah Ballon d'Or pada tahun ini.

BINTANG Real Madrid, Toni Kroos percaya Cristiano Ronaldo sepatutnya mendahului Lionel Messi dalam pengundian untuk anugerah Ballon d'Or 2021.

Messi merangkul anugerah Ballon d'Or untuk kali ketujuh pada Isnin, menewaskan penyerang Bayern Munich dan Poland, Robert Lewandowski.

Bagaimanapun, Kroos yang juga bekas rakan sepasukan Ronaldo berhujah bahawa penyerang Manchester United itu lebih baik daripada Messi untuk tahun 2021, malah berpendapat Karim Benzema sepatutnya memenangi Ballon d'Or.

"Bagi saya, Karim berada di tangga pertama jika anda benar-benar mencari pemain individu terbaik tahun lalu, kerana saya dapat melihat dari jarak dekat betapa dia seorang pemain bola sepak yang cemerlang," kata Kroos menerusi podcast rasminya, Einfach mal Luppen.

Seorang lagi bekas rakan sepasukan Ronaldo turut mengkritik keputusan anugerag tersebut.

Bekas penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas menulis di Twitter: "Semakin sukar bagi saya untuk mempercayai anugerah bola sepak.

"Bagi saya, Messi, dia adalah salah seorang daripada lima pemain terbaik dalam sejarah tetapi anda perlu tahu cara menyenaraikan pemain paling cemerlang dalam satu musim. Ia tidak begitu sukar." - Eurosport.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain