PASUKAN Malaysia bermula dengan kemenangan dalam Piala Suzuki AFF selepas menewaskan Kemboja 3-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Bishan di Singapura pada Isnin.
Pasukan itu yang diketuai oleh jurulatih namun tidak mempersiakan setiap peluang yang terhidang.
Gol Harimau Malaya dijaringkan oleh Safawi Rasid (minit ke-20), Akhyar Rashid (minit ke-60) dan R. Kogileswaran (minit ke-78).
Gol saguhati Kemboja hadir pada minit ke-89 menerusi Seth Rosib.
Malaysia seterusnya akan menentang Laos pada 9 Disember di Stadium Bishan. - The Star.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI