suria

Atlet luncur ais umur 18 tahun maut kemalangan kereta dengan teman lelaki

Remaja itu pernah sebelum ini pernah terlibat dalam kumpulan peluncur ais yang berpangkalan di Milan.

MALANG menimpa seorang atlet luncur ais apabila dia maut dalam kemalangan jalan raya, baru-baru ini.

Elly Mattiuzzo, ditemui mati bersama teman lelakinya, Daniele Volanti selepas mereka terlibat dalam kemalangan di Murata, San Marino.

Difahamkan, kereta Fiat 500 dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh sebuah Volkswagen Golf.

Mattiuzzo dan Volanti ditemui meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta hanya mengalami kecederaan.

Untuk rekod, remaja itu sebelum ini pernah terlibat dalam kumpulan peluncur ais yang berpangkalan di Milan.

Dia pada tahun 2009 pernah menyertai Kejohahan Junior Dunia di Neuchatel. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain