SEPARUH daripada 10 pemain bola sepak muda paling berharga di dunia adalah dari England atau bermain di Liga Perdana. Mendominasi carta adalah bintang Manchester City, Phil Foden (21); Ferran Torres (21); bintang Manchester United Jadon Sancho (21); Mason Greenwood (20) dan Jude Bellingham (18), yang bermain untuk Borussia Dortmund. Foden mempunyai nilai anggaran perpindahan £128 juta (RM712.77 juta), menurut laporan CIES Football Observatory semalam. Laporan itu menganalisa 60 pemain berprofil tinggi di bawah usia 23 tahun yang beraksi di lima liga utama Eropah iaitu Liga Perdana, La Liga, Bundesliga, Serie A dan Ligue 1. Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dijangka mendahului carta, tetapi kontraknya bakal tamat pada penghujung musim dan dia layak untuk perpindahan percuma pada musim panas depan. - Dailymail.co.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI