suria

Akhyar, Quentin pula positif Covid-19

Akhyar kini sedang menjalani proses pengasingan selama 10 hari.

DUA lagi tonggak skuad Harimau Malaya disahkan positif Covid-19.

Pemain sayap lincah Johor Darul Ta'zim (JDT), Akhyar Rashid dan tonggak pertahanan, Quentin Cheng kini menjalani proses pengasingan selama 10 hari.

Perkara itu dimaklumkan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sejurus kemenangan 4-0 ke atas Laos dalam aksi kedua Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Faisal, Khairulazhan positif Covid-19... terlepas aksi pertama menentang Kemboja

"Hasil ujian Covid-19 pagi ini, dia positif (Covid-19) dan tak dapat beraksi bersama kami dan dia perlu direhatkan sebelum menyertai pasukan semula," kata Cheng Hoe, merujuk kepada situasi Akhyar.

Pengesahan itu menjawab tanda tanya penyokong yang tertanya-tanya tentang kelibat Akhyar yang tidak berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya.

Sebelum ini, kem Harimau Malaya dikejutkan dengan berita dua tonggak - penjaga gol, Khairulazhan Khalid dan pemain sayap, Faisal Halim positif Covid-19. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain