suria

Kereta alami kemalangan, pasukan anak Michael Schumacher tanggung kerugian jutaan ringgit

Mick mengumpul bil pembaikan berjumlah £4 juta (RM22.43 juta) akibat beberapa siri kemalangan.

NAMA Michael Schumacher sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Bagai mewarisi legasi legenda Formula Satu (F1) itu, kini anaknya Mick turut berkecimpung dalam bidang yang sama.

Namun, perjalanan Mick untuk meraih kejayaan seperti bapanya dilihat masih jauh dan sudah tentu mencabar kemampuannya.

Terbaharu, Mick turut dilabel sebagai pemandu yang paling mahal selepas mengumpul bil pembaikan berjumlah £4 juta (RM22.43 juta) akibat beberapa siri kemalangan.

Pelumba Jerman itu membuat penampilan sulungnya dalam F1 tahun ini dengan berlumba untuk pasukan Haas, namun ia tidak berhasil seperti yang dirancang apabila dia gagal meraih sebarang mata sepanjang musim.

Pelumba berusia 22 tahun itu menyertai pasukan berkenaan setelah memenangi kejuaraan F2 berprestij pada 2020, tetapi bergelut untuk membuktikan kemampuannya.

Sepanjang musim, anak lelaki legenda Ferrari ternyata membuatkan pasukan mengeluarkan kos tinggi kerana keretanya sentiasa memerlukan pembaikan dan alat ganti baharu akibat perlanggaran besar yang berlaku. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI