suria

Piala AFF : Thailand tewaskan Vietnam 2-0 pada saingan pertama separuh akhir

Thailand tewaskan Vietnam 2-0 pada saingan pertama separuh akhir.

THAILAND menang 2-0 ke atas Vietnam pada saingan pertama separuh akhir Piala AFF 2020 yang berlangsung di Stadium Nasional, Kallang, Singapura, Khamis (23 Disember).

Kedua-dua pasukan bermain dengan agresif sejak pengadil meniup wisel menandakan sepak mula.

Thailand memanfaatkan situasi serangan balas dengan baik pada minit ke-14 dan kesilapan Nguyen Phong Hong Duy untuk menjangka bola daripada Thanawat Suengchitthawon kemudiannya digunakan dengan baik oleh Chanathip Songkrasin untuk menewaskan penjaga gol Tran Nguyen Manh bagi gol pertama mereka.

Songkrasin menjaringkan gol kedua untuk Thailand pada minit ke-23.

Vietnam mendapat peluang keemasan pada minit ke-34 menerusi sepakan percuma Nguyen Quang Hai, namun bola tendangan kaki kiri Quang Hai terkena tiang.

Corak serangan menjadi pilihan Vietnam apabila memulakan separuh masa kedua.

Pada minit ke-67 Quang Hai sekali lagi melakukan percubaan ke gawang Thailand malangnya rembatannya dari luar kotak penalti sekali lagi terkena palang.

Thailand pula berpeluang untuk menambah jaringan apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti setelah Do Duy Manh melanggar Supachai Chaided, malangnya Songkrasin gagal menyudahkan sepakan tersebut.

Vietnam dan Thailand akan bertemu pada saingan kedua yang berlangsung akan berlansung pada 26 Disember. - CNN Indonesia

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain