PEMAIN AS Roma, Tammy Abraham yang memandu kereta Porsche Cayenne miliknya dilaporkan merempuh sebuah kereta lain dalam perjalanan ke pusat latihan, pada Isnin. Ketika kejadian, penyerang itu dilaporkan melanggar sebuah kereta kecil. Abraham kemudian memeriksa keadaan wanita di dalam kereta yang dilanggar. Dilaporkan kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan, tanpa memerlukan campur tangan polis. Sebagaimana yang dilaporkan La Gazzetta dello Sport, kejadian itu berlaku kurang dua bulan selepas bekas penyerang Chelsea itu didenda £660 (RM3,713) kerana memandu laju di Putney, barat London di United Kingdom. Abraham memandu Lamborghini hitam miliknya melebihi dua kali ganda had laju 20 batu sejam, pada November. Susulan kejadian itu, dia disaman oleh pihak polis. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI