CRISTIANO Ronaldo sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Manchester United jika pengurus baharu yang dipilih tidak sesuai dengannya. Daily Star mendakwa bintang Portugal itu mengikuti rapat proses pemilihan pengurus baharu secara tetap bagi musim depan. Ronaldo yang memiliki kontrak sehingga 2023 bersedia untuk meninggalkan pasukan itu lebih awal jika dia tidak setuju dengan pemilihan pengurus baharu tersebut. Pendedahan ini akan memberi tekanan besar kepada ketua pegawai eksekutif baharu Richard Arnold untuk membuat keputusan yang betul. Arnold, yang akan menggantikan naib pengerusi eksekutif Ed Woodward yang akan bersara apabila dia meletak jawatan pada 1 Februari, kini akan mengetuai pencarian kelab itu untuk mendapatkan pengurus sepenuh masa yang baharu. Mauricio Pochettino, Erik Ten Hag dan Brendan Rodgers adalah antara nama-nama yang berada dalam pertimbangan Arnold yang ingin melantik seseorang yang mampu mengembalikan United ke puncak bola sepak Inggeris sekali lagi. United gagal menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan sejak dipimpin pengendali sementara, Ralf Rangnick yang menggantikan Ole Gunnar Solksjaer yang dipecat November lalu. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI