RALF Rangnick mahu anak buahnya supaya berhenti daripada 'merungut' dan teruskan kerja untuk pasukan. Keyakinan pasukan sedang berada pada tahap terendah di bawah kendalian pengendali sementara itu. United setakat ini meraih tiga kemenangan, satu seri dan satu kekalahan. Namun, dengan corak permainan kurang memberangsangkan, skuad mula bergolak terutama dalam kalangan pemain yang masa depannya tidak menentu bersama pasukan itu. Rangnick bagaimanapun menegaskan sudah tiba masanya untuk melupakan isu terbabit, terima situasi yang berlaku dan bermain demi mendapatkan keputusan terbaik. "Kami ada pemain yang kontraknya akan berakhir pada musim panas ini. Ada juga satu atau dua pemain yang mahu meninggalkan pasukan dan memiliki kontrak. "Dah sampai masa pemain perlu mengendalikan isu ini dengan profesional, semua pemain ada peluang membuktikan kemampuan masing-masing pada latihan dan peluang untuk diturunkan. Rаngnick mengakui bahawa dia tidak boleh menggembirakan semua pemain, termasuk mereka yang percaya rakan sepasukan dipilih berdasarkan nama dan reputasi, bukannya prestasi mereka. “Ini bukan sahaja isu Manchester United,” katanya. “Selain dari Paul Pogbа, kami mempunyai pemain yang kebanyakannya bersedia, dan hanya sepuluh pemain termasuk tiga diluar padang boleh bermain. “Akibatnya, anda mempunyai beberapa pemain yang tidak bermain atau yang tidak berada dalam skuad.” “Ia jelas bahawa pemain-pemain tersebut tidak berpuas hati dengan situasi itu, setiap dua atau tiga minggu, saya akan menerangkan kepada pemain mengapa mereka tidak bermain, dan ini adalah masalah dalam pasukan kami dan kelab lain,” katanya. - Technotrenz Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI