suria

Pujukan tak berhasil, Lee Zii Jia sah berundur dari BAM

Zii Jia menghantar surat peletakan jawatan pada minggu lalu. Foto: Adrian Dennis/ AFP)

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia telah meletak jawatan sebagai pemain persatuan itu minggu lalu.

Bagaimanapun menurut Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria, keputusan sama ada mereka akan menerima peletakan jawatan itu atau sebaliknya, bakal diumumkan dalam sidang media pada Jumaat (21 Januari).

Norza berkata, beberapa siri pertemuan telah diadakan dengan pemain nombor tujuh dunia itu sejak beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya pada 11 Januari, namun usaha untuk memujuknya tidak berhasil.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Lee Zii Jia juara All England 2021

"Kami melihat Zii Jia sebagai aset dan kami cuba memujuknya (untuk kekal) kerana kami telah melatihnya sejak dia berumur 13 tahun," kata Norza.

"Sekarang dia sudah capai tahap ini, memenangi All-England, kami pasti tidak mahu kehilangannya kerana dia mempunyai masa depan yang cerah.

"Kami mahu membawanya ke tahap yang lebih tinggi dan berjaya seperti Lee Chong Wei.

"Bagaimanapun, dia memberitahu kami bahawa dia bukan Lee Chong Wei dan

dia tidak dapat mengendalikan tekanan itu," kata Norza.

"Kami mengadakan mesyuarat (Isnin lalu) untuk membincangkan masalah ini dan telah membuat keputusan.

"Kami telah melantik timbalan presiden kami Datuk Seri Dr Jahaberdeen (Mohamed Yunoos) untuk meneliti perkara ini dan beliau akan mengadakan sidang media pada 4 petang Jumaat," ujarnya lagi. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain