MODEL jelita Sepanyol, Georgina Rodriguez menayang cincin pertunangannya menerusi satu hantaran terbaru di Instagram. Foto tersebut disertai dengan kapsyen 'Bersinar seperti berlian' (shine bright like a diamond) diikuti dengan emoji berlian. Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo turut tidak terkecuali meninggalkan emoji hati di bahagian komen pada perkongsian gambar terbaru pasangannya itu. Menurut laporan, pada 2020, Ronaldo menghadiahkan cincin pertunangan kepada Georgina daripada jenama Cartier yang dikatakan bernilai £615,000 (RM3,515,960). Cincin itu dihiasi dengan batu nilam yang besar dan bertatahkan berlian. Dikhabarkan juga bahawa Ronaldo sudahpun bertunang dengan Georgina di atas kapal layar sewaktu bercuti bersama pada September 2020. Pasangan itu bakal menimang cahaya mata kembar tidak lama lagi. - Geo.tv Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI