suria

BAM akhirnya buat keputusan, Lee Zii Jia tidak didaftar sertai mana-mana pertandingan selama 2 tahun

BAM pada Rabu lalu mengesahkan Zii Jia telah meletak jawatan sebagai pemain persatuan itu.

KEMELUT melibatkan pemain badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memasuki episod baharu, hari ini.

Dalam perkembangan pada Jumaat, Zii Jia telah dikenakan penggantungan selama dua tahun daripada semua kejohanan yang dibenarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia bermula 18 Januari 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Pujukan tak berhasil, Lee Zii Jia sah berundur dari BAM

Ini bermakna Zii Jia tidak akan didaftarkan untuk sebarang kejohanan dalam tempoh dua tahun.

Hal ini diputuskan selepas juara All-England itu membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan kebangsaan dan menjadi pemain profesional.

"BAM telah mencapai keputusan untuk tidak mendaftarkannya ke mana-mana kejohanan untuk tempoh bermula 18 Jan 2022," kata timbalan presiden BAM Jaharbedeen Mohd Yunoos.

Selain Zii Jia, keputusan sama turut dikenakan ke atas Goh Jin Wei.

Untuk rekod, BAM pada Rabu lalu mengesahkan Zii Jia telah meletak jawatan sebagai pemain persatuan itu. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain