suria

Zii Jia, Jin Wei dah ‘bebas’

Zii Jia dan Jin Wei mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis. Foto: Bernama

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) bersetuju untuk membenarkan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia dan pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa.

Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh badan induk sukan badminton itu pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Zii Jia kemuka rayuan kepada BAM

"BAM bersetuju untuk membenarkan Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei untuk menyertai semua kejohanan antarabangsa.

"Persatuan sudah membuat pertimbangan berhubung rayuan yang dibuat mengikut prosedur rasmi," demikian menurut BAM dalam kenyataan tersebut.

Badan induk itu mengambil kira rayuan yang dibuat oleh kedua-dua pemain sebelum melepaskan mereka daripada kontrak sedia ada bersama BAM berdasarkan terma dan syarat menerusi persetujuan bersama.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Presiden BAM Tan Sri Norza Zakaria, Zii Jia dan Jin Wei mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan penaung BAM Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pada Khamis.

"BAM ingin berterima kasih kepada Zii Jia dan Jin Wei atas dedikasi serta komitmen yang ditunjukkan kepada negara. Semoga mereka mencapai kejayaan pada masa hadapan," ujarnya lagi.

Untuk rekod, BAM sebelum ini membuat keputusan tidak mendaftarkan dua pemain berkenaan dalam sebarang kejohanan selama dua tahun susulan tindakan mereka mahu meninggalkan persatuan itu dan bergerak secara profesional. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

BAM, Lee Zii Jia, Goh Jin Wei

Artikel Lain