suria

Pelari Olimpik tinggalkan bidang sukan kerana tertekan, kini jadi gadis pengiring di Las Vegas

Favor pernah dibelenggu masalah kesihatan mental.

PELARI Amerika Syarikat (AS) Suzy Favor meninggalkan bidang sukan demi mengejar impian lain dalam hidupnya.

Dia yang pernah menyertai tiga edisi Olimpik kini bergelar sebagai gadis pengiring di Las Vegas.

Dalam temubual bersama BBC, dia membuka kisahnya, memberi gambaran tentang perjuangan yang dihadapi serta peralihan kerjaya yang luar biasa dari arena Olimpik ke industri seks di Las Vegas.

Favor pernah menyertai Olimpik pada tahun 1992, 1996 dan 2000.

Menurut Favor, dia juga pernah dibelenggu masalah kesihatan mental.

"Saya banyak kali menang, tapi orang terlalu letak harapan pada saya.

"Ketika Olympic Sydney, saya tahu saya tak akan dapat medal, jadi saya sengaja buat-buat rebah ketika perlumbaan.

"Cara itu lebih senang berbanding 'menelan' kekalahan yang berlaku," ujarnya.

Favor akhirnya bersara pada tahun 2005 ketika dia sedang hamil anak pertamanya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain