MALAYSIA sekali lagi tewas di tangan Laos dalam saingan Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), sebentar tadi. Dalam aksi di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja, Malaysia tewas 0-2 sekaligus menyaksikan Laos layak ke separuh akhir. Dalam pertemuan Kumpulan B, skuad Brad Maloney tidak beraksi begitu cemerlang dan Laos memanfaatkan peluang tersebut untuk mencatat kemenangan buat kali kedua. Gol Laos dijaringkan oleh Bounphachan Bounkong (minit ke-42) dan Souksakone Bouaphaivanh (minit ke-85). - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI