PEMAIN bola sepak Gijon Vasyl Kravets sanggup menghentikan kerjaya bola sepaknya demi bersama Ukraine dalam peperangan menentang Rusia. Pemain sayap kiri yang kini dipinjamkan dari Leganes menegaskan bahawa dia anti keganasan namun bersedia melepaskan prinsipnya untuk membantu Ukraine. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Ukraine gadai nyawa berdiri depan kereta kebal, pukul dengan tangan sekat kemaraan tentera Rusia ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola sepak Rusia Smolov kutuk Putin, perang ke atas Ukraine "Mereka membunuh orang awam di hospital... ini semua salah Putin. Saya tidak mahu mengatakan ia salah Rusia, tetapi Putin. "Saya memang mahu pergi berperang dan membantu rakyat, tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk menembak, bergerak dan mengisi semula senjata. "Jika saya boleh pergi, saya akan mempertahankan negara," ujarnya. Terdahulu, Rusia memulakan pencerobohan ke atas Ukraine pada awal pagi Khamis. Antara aksi Kravets (kiri) dalam sukan bola sepak. Serangan yang dilakukan itu menyebabkan kebanyakan peminat, penyokong dan pemain bola sepak menyokong Ukraine. Malah, dunia sukan turut bersatu hati menyokong Ukraine. Pada Jumaat, Rusia telah dilucutkan daripada kedua-dua perlawanan akhir Liga Juara-Juara, yang ditetapkan untuk diadakan di Saint Petersburg, dan GP Rusia. - Star daily Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI