PEMAIN tenis Rusia Andrey Rublev lantang menyuarakan bantahan terhadap tindakan Presiden negaranya Vladimir Putin menerusi mesej yang ditinggalkan pada lensa kamera sebuah stesen televisyen. Beliau menulis 'no war please' pada kamera tersebut. Pemain nombor tujuh dunia itu berpeluang berbuat demikian selepas dia berjaya menewaskan pemain Poland Hubert Hurkacz 3-6, 7-5, 7-6(5) pada separuh akhir Kejohanan Tenis Dubai, 25 Februari lepas. ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola sepak Rusia Smolov kutuk Putin, perang ke atas Ukraine ARTIKEL BERKAITAN: Kravets sanggup tinggalkan bola sepak, sedia berperang bersama Ukraine Inisiatif menyebarkan keamanan yang dilakukannya itu susulan peluang yang diberikan di setiap kejohanan yang mana pemain yang menang akan menandatangani kamera sejurus selepas perlawanan. Ekoran itu, pemain berusia 24 tahun itu menggunakannya untuk menghantar mesej yang jelas kepada Putin. Beliau turut mengakui peperangan yang berlaku itu sangat mengejutkan dan ia lebih penting daripada perlawanan tenis yang dilaluinya. Mesej yang ditinggalkan di lensa kamera sebuah stesen media. - Gambar Tennis TV "Pada saat-saat ini, perlawanan saya tidak penting. Ia sangat memberi kesan kepada saya," kata Rublev. Presiden Rusia Vladimir Putin melancarkan 'pencerobohan berskala penuh' di Ukraine pada 24 Februari dan menyebabkan 137 rakyat Ukraine terbunuh. Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI