PENINJU MMA Ireland, Conor McGregor menyatakan hasrat untuk membeli pasukan Chelsea daripada Roman Abramovich. McGregor membuat tawaran dengan nilai £1.5 bilion (RM8.29 bilion) untuk memiliki kelab itu, lapor Kompas. ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Abramovich jual Chelsea, hapus hutang kelab RM8.4 bilion McGregor membuat tawaran itu menerusi satu ciapan di Twitter. “Saya dengan ini membuat tawaran £1.5 bilion,” tulis McGregor pada Sabtu. Abramovich baru-baru ini mengesahkan kelab tersebut akan dijual dan menghapuskan hutang Chelsea dengannya sebanyak £1.5 bilion (RM8.4 bilion). Dalam perkembangan yang mengejutkan pada Rabu malam itu, Mail Online melaporkan Abramovich mengesahkan beliau dalam proses menjual Chelsea. Jelas beliau, hasil jualan prospektif itu akan disumbangkan kepada mangsa perang di Ukraine. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI