suria

Bekas bintang WWE, Scott Hall bertarung nyawa selepas jalani pembedahan

Scott Hall atau Razor Ramon mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan pada pinggul.

BINTANG WWE, Scott Hall dilaporkan bergantung kepada mesin sokongan hayat di sebuah hospital di Georgia berikutan mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan pada pinggulnya yang patah.

Laman web PW Torch, melaporkan bahawa bekas ahli gusti yang terkenal dengan gelaran 'Razor Ramon' hampir tidak mampu bertahan berikutan prosedur pembedahan berkenaan.

Laporan awal menyebut bahawa bekuan darah dari prosedur pembedahan mungkin telah menjejaskan organ penting Scott, yang membawa kepada tiga serangan jantung pada Sabtu.

Scott Hall memulakan kerjayanya dalam CWF pada tahun 1984, berpindah ke AWA setahun kemudian, sebelum beralih kepada WCW pada tahun 1989.

Dia kemudian meninggalkan WCW untuk berhijrah ke New Japan Pro Wrestling.

Di WCW, dia dan Kevin Nash membentuk The Outsiders yang kemudiannya disertai Hulk Hogan di mana mereka menggelarkan kumpulan tersebut sebagai NWO.

Scott sebelum ini pernah berkata bahawa dia 'sepatutnya sudah mati 100 kali'.

Kata-kata jujur ​​tersebut diluahkan kerana dia sendiri berdepan dengan ketagihan alkohol dan dadah.

Scott tersenarai sebagai salah seorang ahli gusti terhebat selama hampir 30 tahun. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain