SEORANG wanita dibelasah teman lelaki yang merupakan ahli bina badan gara-gara tidak mengemaskan beg pakaiannya dengan baik. Menurut keterangan Mahkamah Bolton Crown di Englad, kejadian berlaku pada 22 Januari ketika pelaku, Michael Huyton, 35, keluar minum bersama mangsa sebelum mereka pulang ke rumah di Atherton. Peguam pendakwa James Preece berkata, teman wanita Huyton kemudian bersikap menjengkelkan apabila memainkan muzik dengan begitu kuat. ARTIKEL BERKAITAN: Didenda selepas belasah lelaki serang nenek umur 88 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki belasah adik kekasih sampai mati kerana tumpahkan jus oren atas Xbox Kira-kira seminit kemudian, Huyton naik ke atas untuk bertanya di mana rokok dan pemetik api miliknya. Ahli bina badan itu kemudian menyelongkar selimut wanita itu untuk menggeledah katil. Dalam insiden itu, Huyton mengarahkan mangsa untuk mengemaskan beg pakaiannya, namun bertindak agresif apabila ia tidak dilakukan dengan baik. Tertuduh turut melemparkan beberapa barang bagi melepaskan kemarahannya. Susulan kejadian itu, polis menahan Huyton di kediaman wanita pada hari berikutnya. Lelaki berkenaan mengaku salah ke atas serangan yang menyebabkan kecederaan pada mangsa dan melakukan jenayah mengakibatkan kerosakan. Huyton dikenakan perintah sekatan yang melarang Huyton daripada menghubungi wanita itu atau berada di kawasan berdekatan rumahnya. Dia juga perlu melakukan kerja tanpa gaji selama 100 jam, menjalani aktiviti pemulihan selama 15 hari, termasuk menyertai kursus membina perhubungan yang lebih baik. Bagi tiga bulan akan datang, Huyton turut dikenakan perintah berkurung yang dipantau secara elektronik antara pukul 7 malam dan 6 pagi setiap hari. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI