BEKAS pemain bola sepak, Paul Hampshire maut selepas dilanggar sebuah kereta pada Ahad. Pemain tengah dari Scotland itu meninggal dunia pada usia 40 tahun selepas berkecimpung selama 20 tahun dalam arena bola sepak di kelab terkenal Raith Rovers, Berwick Rangers dan East Fife. Penghormatan terakhir buat Hampshire turut dizahirkan oleh bekas kelabnya. "Kami dukacita apabila mengetahui berita pemergian bekas pemain Paul Hampshire, yang maut selepas dilanggar sebuah kereta pada Ahad. "Berasal dari Dunbar, dia adalah adik kepada Steven, seorang penyerang yang bermain untuk Chelsea. Paul diingati kerana ketangkasan kaki kirinya, dan dia meninggalkan Rovers untuk bersama Berwick Rangers pada Mei 2003. "Seluruh ingatan kami bersama keluarga Hampshire," demikian kenyataan Raith Rovers. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI