suria

Pawang hujan dijemput untuk usir cuaca buruk ketika perlawanan MotoGP

Kata Rara, dia dijemput untuk melakukan modifikasi cuaca pada ucara utama MotoGP Mandalika 2022.

SALAH satu cabaran utama dalam menjayakan kejohanan MotoGP Mandalika di Indonesia tentunya cuaca yang tak menentu ketika ini.

Sebagai salah satu ikhtiar, seorang pawang hujan membuat ritual menolak cuaca buruk di Litar Antarabangsa Mandalika, Lombok Tengah pada Jumaat.

Pawang hujan yang dikenali sebagai Rara Isti Wulandari itu melakukan ritual berkenaan di kawasan litar semasa acara MotoGP sedang berlangsung.

Difahamkan, wanita itu pernah menjadi pawang hujan ketika acara pembukaan Asean Games pada 2018.

Dakwa Rara, dia dijemput untuk melakukan modifikasi cuaca pada acara utama MotoGP Mandalika 2022.

Beberapa foto memaparkan wanita itu sedang melakukan ritual sambil memakai topi putih turut dikongsi di internet.

Acara MotoGP itu berlangsung bermula 18 Mac sehingga 20 Mac. - News.Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain