suria

Kecoh perlawanan Spurs-West Ham, 2 penunjuk perasaan gari diri sendiri pada tiang gol

Seorang penunjuk perasaan bertindak menggari dirinya pada tiang gol. foto Reuters

DUA penunjuk perasaan ditahan selepas bertindak menceroboh padang dan menggari diri mereka sendiri pada tiang gol semasa perlawanan Tottenham Hotspur - West Ham United, pada Ahad.

Perlawanan Liga Perdana Inggeris itu menyaksikan Tottenham menewaskan West Ham dengan 3-1.

Pegawai keselamatan stadium sentiasa berwaspada sepanjang hujung minggu berikutan beberapa siri insiden semasa perlawanan di mana aktivis menyerbu padang dan cuba mengikat diri mereka pada tiang gol.

Bagaimanapun, petugas di Stadium Tottenham Hotspur di United Kingdom bertindak pantas dan menahan dua lelaki dan seorang wanita.

Penunjuk perasaan itu memakai kemeja-t dengan perkataan 'Just Stop Oil' (Hentikan minyak) yang merujuk kepada kumpulan pendesak politik yang dilaporkan berkempen menentang perluasan medan minyak di Laut Utara.

Insiden yang berlaku sewaktu separuh masa kedua itu bagaimanapun tidak begitu menjejaskan perlawanan.

Tiga gol Tottenham hasil jaringan Son Heung-min (dua) dan gol sendiri oleh Kurt Zouma dari West Ham.

Kemenangan itu membuatkan Tottenham berada di tempat kelima EPL, mendahului West Ham dan Manchester United. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain