SEORANG pemain bola sepak menjadi mangsa gurauan nakal apabila seluarnya ditarik oleh rakan sepasukan ketika rakaman temubual. Ketika kejadian, Kapten Bamber Bridge, Macauley Wilson bercakap kepada wartawan selepas pasukannya tewas 4-2 kepada South Shields dalam Liga Perdana Utara pada Sabtu apabila rakan sepasukan, Paul Dawson muncul di belakangnya. Seluar Wilson secara tiba-tiba ditarik ke bawah sebelum Dawson yang melarikan diri. ARTIKEL BERKAITAN: Londehkan seluar atas padang untuk raikan gol, pemain bola mohon maaf pada isteri ARTIKEL BERKAITAN: Padah penyokong buat sepanduk papar foto bogel pemain Liverpool Kedengaran semua orang di dalam bas pasukan yang berada di belakang Wilson mentertawakannya. Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Wilson yang bersikap tenang dengan tersenyum sebelum beredar. Klip rakaman itu menjadi tular di media sosial dan ditonton lebih setengah juta kali. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI