suria

Penyerang Everton gembira peraga beg tangan Chanel, denim

Dominic Calvert-Lewin peraga beg tangan, denim

PENYERANG Everton, Dominic Calvert-Lewin, menyuarakan minatnya terhadap bidang peragaan fesyen ketika dia muncul di muka depan terbaharu majalah GQ Hype.

Malah pemain berusia 25 tahun itu tidak pernah ragu dengan penampilan baharu yang berani hasil tangan Harry Lambert.

ARTIKEL BERKAITAN: Mirip Casper! Maskot Piala Dunia 2022 Qatar cetus kontroversi... betul ke 'simbolik' pekerja asing yang meninggal di sana?

ARTIKEL BERKAITAN: Usain Bolt jadi pemilik bersama organisasi e-sukan WYLDE

Terkini beliau dilihat memperagakan denim Bottega Veneta bouclé yang turut disertakan dengan beg tangan kulit berwarna biru bernilai £3,900 (RM21,500).

"Saya gembira menjadi ikon fesyen unik. Kenapa tidak? Kita hanya mempunyai satu nyawa.

Dominic Calvert-Lewin akui suka rfesyen unik

Dominic Calvert-Lewin akui suka rfesyen unik

'Itu salah satu moto saya. Melakukan apa yang membuat saya bahagia dan bagi saya memakai pakaian dan sut unik adalah perkara yang saya suka lakukan, jadi saya akan terus melakukannya," ujarnya.

Malah dia turut mengakui mempunyai koleksi beg yang banyak di rumahnya.

Terdahulu, GQ Hype menunjukkan Calvert-Lewin dalam beberapa pakaian, setiap pakaian bernilai ribuan pound daripada jenama seperti Gucci, Prada, Dunhill, Bode dan Loewe. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain