CRISTIANO Ronaldo kembali menjalani latihan menjelang aksi Manchester United menentang Everton, pada Sabtu. Ronaldo terlepas ketika aksi United bersama Leicester baru-baru ini kerana sakit. Bintang itu dilaporkan menghidap penyakit berkaitan dengan simptom flu (selsema). Ronaldo merangkul anugerah Pemain Terbaik Bulanan Manchester United untuk Mac dan mendedahkan keinginannya untuk menamatkan musim yang mengecewakan dengan cemerlang. Ditanya perasaannya apabila dinobatkan sebagai pemain terbaik bulan ini, Ronaldo berkata: "Sungguh menggembirakan. Terima kasih atas undian ini. Saya berasa sangat gembira dan bermotivasi sepanjang musim ini. "Saya akan melakukan yang terbaik seperti yang saya lakukan sepanjang masa. Terima kasih kepada mereka semua dan jumpa lagi di Old Trafford. Terima kasih, kawan-kawan." Ia adalah anugerah ketiga Ronaldo yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan sejak kembali ke Old Trafford tahun lalu. Pemain berusia 37 tahun itu turut merangkul anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana, buat kali kelima dalam kariernya, pada September. - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI