suria

Bekas juara dunia dart Ted Hankey didakwa lakukan serangan seksual

Bekas juara dunia dart didakwa lakukan serangan seksual.

BEKAS juara dart dunia dua kali Ted Hankey hadir di mahkamah pada Rabu selepas didakwa melakukan serangan seksual.

Lelaki berusia 54 tahun itu didakwa telah menyentuh seorang wanita secara seksual di Crewe, Cheshire pada September tahun lalu dan hadir di hadapan Mahkamah Majistret Warrington untuk perbicaraan singkat.

Dia bagaimanapun dibenarkan ikat jamin bersyarat sehingga 14 April dan ditetapkan untuk hadir ke mahkamah sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Siasat dakwaan rogol, polis dihalang tahan Ronaldo

Jurucakap Polis Cheshire berkata pada masa pertuduhannya pihak pendakwaan telah memberi kuasa kepada Cheshire Constabulary untuk mendakwa Edward Hankey dengan serangan seksual terhadap seorang wanita.

"CPS membuat keputusan untuk mendakwa lelaki berusia 54 tahun itu selepas menyemak fail bukti daripada Cheshire Constabulary.

"Pertuduhan itu berkaitan dengan insiden yang berlaku di Cheshire pada September 2021," ujarnya.

Untuk rekod, Hankey pertama kali melayakkan diri untuk kejohanan dunia BDO pada tahun 1998 dan memenangi acara berprestij itu pada tahun 2000 dan 2009.

Dia juga mendapat naib juara dua kali di kejohanan Lakeside.

Disember lalu diumumkan bahawa Hankey menarik diri daripada kejohanan dart senior dunia, yang diadakan pada bulan Februari.

Pada 2012, dia mengalami strok mini dan terlepas Kejohanan Dart Dunia PDC 2013. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan