suria

McGregor 'tayang' badan, mahu rampas tali pinggang UFC welterweight

Conor McGregor sasar Usman sebagai lawannya.

PENINJU MMA Ireland, Conor McGregor berjaya mendapatkan berat badan ideal dan kembali menyasarkan perlawanan UFC kategori welterweight.

Sejak patah tulang rusuk ketika menentang Dustin Poirier di UFC 264 pada Julai tahun lalu, McGregor berkongsi perkembangan dirinya termasuk latihan yang dilakukan sehingga berjaya mendapat tubuh yang diidamkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba buat tawaran menerusi Twitter, McGregor luah hasrat beli pasukan Chelsea

Susulan perubahan tersebut, dia berhasrat menyertai semula perlawanan Octagon di bawah divisyen welterweight dan sasaran utamanya adalah juara Kamaru Usman.

Untuk rekod, McGregor telah berlawan di kelas welter dalam UFC sebanyak tiga kali dan menentang Nate Diaz dalam dua bahagian pada 2016 sebelum menewaskan Donald Cerrone pada 2020.

McGregor tonjol transformasi badannya selepas cedera.

McGregor tonjol transformasi badannya selepas cedera.

Dalam dua pertarungan terakhir, dia berjaya menentang Poirier pada 2021 selepas menewaskan Cerrone pada tahun sebelumnya.

Terdahulu, Usman merupakan juara divisyen welterweight UFC. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain