suria

Liverpool gegarkan Singapura tak lama lagi, tiket dijual selepas raya

Liverpool juga akan mengadakan sesi latihan terbuka di Stadium Negara sehari sebelum perlawanan tersebut. Fot: AFP.

KHABAR mengenai kedatangan pasukan Liverpool ke Singapura tidak lama lagi sudah tentu menimbulkan rasa teruja dalam kalangan peminatnya di rantau ini.

Gergasi bola sepak itu akan berkunjung ke Singapura sempena perlawanan persabahatan menentang pasukan Liga Perdana England (EPL), Crystal Palace, pada lewat tahun ini.

Berita itu diumumkan kelab tersebut pada Selasa.

Kedua-dua pasukan akan bertemu muka di Stadium Negara pada 15 Julai bagi merebut Piala Standard Chartered Singapore 2022 yang sulung, menurut pihak penganjur.

Liverpool juga akan mengadakan sesi latihan terbuka di Stadium Negara sehari sebelum perlawanan tersebut.

Untuk rekod, pasukan The Reds itu kali terakhir datang Singapura pada 2011.

Tiket-tiket biasa akan mula dijual bermula 17 Mei ini.

Harga tiket bermula dari S$149 (RM472) dan boleh dibeli secara dalam talian.

Tiket bagi sesi latihan terbuka pula berharga S$39 (RM123).

Liverpool juga akan berentap dengan Manchester United di Bangkok sebagai sebahagian daripada persediaan sebelum musim baru bermula.

Pengerusi Crystal Palace juga menantikan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Liverpool di Singapura. - Mediacorp.sg.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain