suria

Alami masalah jantung, Azizulhasni jalani pembedahan 21 April lalu

Azizulhasni ketika menjalani rawatan di hospital.

SEMOGA cepat sembuh!

Demikian antara ungkapan yang ditinggalkan para netizen pada ruangan komen jaguh berbasikal negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang, yang baru-baru ini menjalani pembedahan jantung di Australia.

Ungkapan doa daripada peminatnya mula membanjiri media sosial selepas pemenang pingat perak Olimpik Tokyo itu membuat sidang akhbar secara virtual pada Ahad bagi memaklumkan keadaan pembedahannya.

Beliau juga berkongsi gambar ketika berada di dalam wad hospital di Australia.

"Aku bersyukur dengan segala nikmat dan ujian dari Mu Ya Allah," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perkongsiannya itu mendapat lebih 10,000 tanda suka serta komen agar dia kembali sembuh.

The Pocket Rocketman itu dikatakan mengalami masalah yang dipanggil ‘anomalous aortic origin of right coronary artery’ (AOORCA).

Azizul mengadu mengalami sakit dada pada Februari lalu dan dirujuk kepada pakar jantung di Melbourne, Dr Barveen Aisha untuk pemeriksaan lanjut.

Dia kemudian menjalani pembedahan di Hospital Epworth Richmond di Victoria, Australia pada 21 April. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain