CHELSEA berkemungkinan terlepas kelayakan Liga Juara-Juara. Ia susulan prestasi di Goodison Park yang dipamerkan pasukan itu agak lemah. ARTIKEL BERKAITAN: Jutawan British sertai bidaan Chelsea saat akhir, tawar angka tertinggi Perkara itu ditegaskan ketua jurulatihnya, Thomas Tuchel selepas Chelsea hanya mengutip empat mata daripada empat perlawanan terakhir dengan melepaskan tujuh gol dalam proses itu. Malah prestasi yang dipamerkan skuad dilihat lemah kerana tidak mampu menjaringkan gol selain tidak dapat mengekalkan rekod bersih. Tuchel berkata, dia meninggalkan penyerangnya Romelu Lukaku di bangku simpanan kerana kecederaan pada separuh masa pertama sekali gus mengehadkan pilihannya. Ketua jurulatih itu juga berasa gusar dengan prestasi pengadil Kevin Friend dan mempersoalkan mengapa beberapa permainan sengit Everton tidak dihukum. "Saya sangat kecewa. Kami tahu apa yang akan datang (dari Everton) dan seperti dalam perlawanan terakhir kami bergelut untuk memiliki rekod bersih. "Sudah tentu saya bimbang tentang empat teratas dan tidak pernah berasa selamat. Empat mata dalam empat perlawanan tidak akan cukup, tidak kira apa perlumbaan pun," luahnya. - Daily Mail Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI