suria

Dilabel atlet paling cantik! Pelari Jerman tinggalkan trek 4x4m, fokus kerjaya di stesen televisyen

Scmidt terlepas peluang ke Olimpik

ATLET paling cantik dan seksi, Alica Schmidt dilaporkan 'berehat' dari trek larian bagi menempa nama dalam kerjaya baharunya di stesyen televisyen.

Malah, pelari berusia 23 tahun itu bersedia untuk tampil dalam rancangan TV Jerman yang terkenal 'Siapa tahu sesuatu seperti itu?'

ARTIKEL BERKAITAN: Jersi ikonik Maradona dijual pada harga RM38.4 juta kepada pembida misteri

Schmidt mengumumkan penampilan sulungnya adalah pada musim panas ini, 7 Jun.

Apabila bercakap mengenai kerjanya di trek, Schmidt baru-baru ini berasa sedih, selepas kehilangan tempat dalam pasukan Jerman yang menuju ke Jepun pada musim panas lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu berharap untuk menjadi sebahagian daripada pasukan lari berganti-ganti 4x400m wanita negaranya, bagaimanapun terlepas peluang untuk bersaing dalam Sukan Olimpik Tokyo yang disusun semula.

"Kamu semua sangat teruja dengan penampilan sulung saya dalam acara lari berganti-ganti 4x4 di Sukan Olimpik. Selepas simulasi perlumbaan dalam latihan, saya tidak dapat memastikan tempat saya dalam barisan awal ke Olimpik Jepun," ujarnya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain