suria

Semua venue dah siap, Sukan Asia 2022 tiba-tiba ditunda sampai tahun depan

Penganjur pada awal April memaklumkan bahawa semua 56 venue untuk temasya itu siap dibina. Foto: AFP.

SUKAN Asia 2022 yang dijadualkan berlangsung di bandar Hangzhou, China ditangguhkan sehingga tahun depan.

Penangguhan itu diumumkan Majlis Olimpik Asia menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

"Majlis Olimpik Asia telah mengumumkan bahawa Sukan Asia ke-19, yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Hangzhou, China dari 10 hingga 25 September 2022, akan ditangguhkan," kata kenyataan itu.

Tarikh baharu untuk kejohanan sukan itu akan diumumkan kemudian, tambah kenyataan itu lagi.

Keputusan untuk menangguhkan temasya itu diambil pada mesyuarat lembaga eksekutif OCA di Tashkent pada Jumaat.

Penganjur pada awal April memaklumkan bahawa semua 56 tempat pertandingan untuk temasya itu telah siap dibina.

Malah, mereka juga bersedia menjadi tuan rumah kepada lebih 11,000 atlet dari 44 negara dan wilayah.

China bergelut dengan gelombang baharu Covid-19 yang dipacu oleh varian Omicron.

Pada akhir Mac, hab kewangan Shanghai berhadapan lockdown secara tiba-tiba dengan 25 juta penduduknya diarahkan untuk tinggal di rumah.

Sekatan kekal berkuat kuasa di seluruh bahagian besar bandar.

Jurucakap Institut Sukan Hong Kong berkata mereka masih menunggu pengumuman rasmi daripada Majlis Olimpik. - SCMP.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain