MALAYSIA bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.
Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) mengumumkan Malaysia tuan rumah temasya ke-34 itu semasa Mesyuarat SEAGF di Pusat Konvensyen Kebangsaan Vietnam pada Khamis.
Kemboja akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-32 tahun depan, manakala Thailand akan menjadi tuan rumah edisi ke-33 pada 2025.
Ini merupakan kali ketujuh Malaysia menjadi tuan rumah temasya serantau itu. - The Star.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI