suria

Piala Thomas: Malaysia tewaskan Jepun 3-2, bakal bertemu India pada aksi suku akhir

Reaksi Zii Jia ketika menentang Momota pada perlawanan kumpulan D Piala Thomas di Stadium Impact Arena Bangkok. - Foto: Bernama

MALAYSIA berjaya menundukkan Jepun 3-2 sekaligus muncul juara Kumpulan D dalam pusingan akhir Piala Thomas 2022 di Impact Arena, Bangkok.

Kemenangan tersebut menyaksikan Malaysia bakal berentap dengan India yang muncul naib juara Kumpulan C, bagi aksi suku akhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Piala Thomas: Malaysia benam England 5-0

Sekiranya layak ke separuh akhir kejuaraan berprestij badminton dunia tersebut, Malaysia akan berhadapan Korea Selatan atau Denmark.

Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia menumpaskan Kento Momota 21-17, 21-8.

Gandingan beregu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mempamerkan aksi mengagumkan apabila menewaskan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-19, 21-16.

Gandingan Aaron Chia-Teo Ee Yi menyumbangkan mata kemenangan Malaysia dengan mengatasi beregu Jepun Akira Koga-Yuta Watanabe, 22-20, 21-17.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan