ATLET wushu negara Sydney Chin Sy Xuan berjaya meraih pingat gangsa Sukan SEA ke-31 menerusi acara Taijiquan Wanita di Cau Giay Gymnasium di Hanoi, Vietnam. Dia ketinggalan satu mata berbanding penerima pingat perak Agatha Chrystenzen Wong dari Filipina yang meraih 9.69 mata. Pada acara tersebut, pingat emas dimenangi atlet Indonesia Alisya Mellynar yang memperoleh 9.71 mata. Terdahulu, Sydney memperoleh 9.68 mata manakala rakan senegara, Mandy Cebelle Chen berada di kedudukan ketujuh dengan jumlah 9.41 mata. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI