BEKAS juara dart dunia dua kali Ted Hankey dihukum penjara dua tahun selepas didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita pada September tahun lalu. Menurut pihak pendakwaan Brian Forshaw yang juga pakar bagi jenayah Rogol dan Kesalahan Seksual Serius CPS Mersey Cheshire (RASSO) berkata, pihaknya mempunyai bukti yang jelas mengenai serangan seksual tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas juara dunia dart Ted Hankey didakwa lakukan serangan seksual "CPS ingin mengucapkan terima kasih kepada mangsa atas bantuan dan keberanian beliau membantu pasukan pendakwaan menyelesaikan kes tersebut. Bukti mengenai serangan itu adalah penting bagi kes ini," ujarnya. Pada 6 April lalu, dia dibenarkan ikat jamin bersyarat sehingga 14 April atas kesalahan melakukan serangan seksual. Untuk rekod, Hankey pertama kali melayakkan diri untuk kejohanan dunia BDO pada tahun 1998 dan memenangi acara berprestij itu pada tahun 2000 dan 2009. Dia juga mendapat naib juara dua kali di kejohanan Lakeside. Disember lalu diumumkan bahawa Hankey menarik diri daripada kejohanan dart senior dunia, yang diadakan pada bulan Februari. Pada 2012, dia mengalami strok mini dan terlepas Kejohanan Dart Dunia PDC 2013. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI