suria

Amir Khan dakwa hidangan kari jadi punca peninju Asia kurang bagus

Khan mendakwa peninju-peninju Asia jauh ketinggalan kerana diet yang tidak sihat.

PENINJU Amir Khan yang baru mengumumkan persaraannya minggu lalu tampil dengan kenyataan penuh kontroversi berhubung atlet dari Asia.

Dalam kenyataan terbaharu, dia mendakwa peninju-peninju Asia jauh ketinggalan kerana diet yang tidak sihat.

"Tengok, kita orang Asia tidak ditakdirkan untuk menjadi pejuang. Kita bukanlah ahli sukan yang hebat. Diet kita mengerikan. Ianya kari. Ia bukan diet yang betul untuk jadi juara. Tengok atlet mat salih, diet mereka jauh lebih baik. Mereka lebih kuat.

"Tapi saya sudah mengubah cara hidup, saya mulakan sejak muda lagi. Jika kita melihat seseorang melakukannya, seperti mereka pernah melihat saya melakukannya, mungkin itu boleh memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka.

"Jika saya yang hidup dengan chapati dan kari sepanjang hidup boleh melakukan (perubahan), anda pasti boleh juga," ujarnya.

Dakwanya lagi, atlet Asia juga suka menggunakan latar belakang mereka sebagai alasan kerana gagal mencapai kemuncak kejayaan dalam sukan yang diceburi.

"Orang pernah kata, kita Muslim dan Asia tidak akan berjaya dalam tinju. Ia alasan semata-mata. Lihat sahaja bola sepak," ujarnya.

Sepanjang kerjaya, Khan pernah memenangi banyak kejohanan termasuklah pingat perak di acara Olimpik Athens pada tahun 2004. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain