suria

Sukan SEA: Johnathan raih emas ke-28 negara

Johnathan Wong meraikan kemenangan dalam acara akhir 10m air pistol. foto Bernama

KONTINJEN Malaysia pada Sukan SEA Hanoi meraih pingat emas ke-28, pada Khamis.

Penembak negara, Johnathan Wong membawa pulang emas dalam acara air pistol 10 meter individu lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukan SEA Hanoi: Malaysia raih dua pingat emas, satu gangsa acara olahraga

ARTIKEL BERKAITAN: Sukan SEA Hanoi: Sydney Chin sumbang gangsa acara Taijiquan Wanita

Kemenangan Johnathan diraih menerusi catatan 238.6 pada final di Pusat Latihan Kebangsaan Hanoi di Hanoi, Vietnam.

Penembak dari Vietnam, Tran Quoc Cong meraih perak dengan catatan 236.6, manakala gangsa menjadi milik penembak Indonesia, Iqbal Raia Prabowo (214.2). - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI