suria

Sukan SEA: Selepas 23 tahun, beregu campuran badminton akhirnya raih emas

Chen Tang Jie (kanan) dan Peck Yen Wei berjaya mara ke final beregu campuran. Foto: AP.

TAHNIAH buat dua pasangan badminton negara yang bakal berentap sesama sendiri dalam final beregu campuran esok, sekaligus memastikan pingat emas dan perak seterusnya buat Malaysia.

Perlawanan antara Chen Tang Jie-Peck Yen Wei dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See esok juga sekaligus akan menamatkan kemarau emas selama 23 tahun selepas Malaysia memenangi acara itu buat kali terakhir pada Sukan SEA Brunei 1999.

Tan Jie dan Yen Wei berjaya menempatkan diri ke pusingan akhir selepas menewaskan pilihan utama dari Indonesia.

Tan Jie dan Yen Wei membenam Rinov Rivaldy-Pitha Mentari 20-22 21-13 21-18, manakala Pang Ron dan Yee See mengesahkan kemenangan ke atas Adnan Maulana-Mychelle Bandaso, juga dari Indonesia dengan keputusan 18-21 21-16 21-17. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain