LEE Zii Jia berjaya menjulang gelaran juara di Terbuka Thailand 2022 yang berlangsung sebentar tadi. Pemain berusia 24 tahun itu menewaskan Li Shifeng dari China dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Thailand di Impact Arena di Bangkok pada Ahad. Zii Jia, mengambil masa selama satu jam 10 minit untuk menewaskan Shifeng dengan keputusan 17-21, 21-11, 23-21. Kemenangan itu bermakna Zii Jia telah memenangi gelaran individu kedua berturut-turut buat kali pertama dalam kariernya selepas menjuarai Kejohanan Asia awal bulan ini di Manila. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI