suria

Pemain Piala Presiden Selangor FC meninggal dunia, rebah di medan selera selepas perlawanan... ada sejarah asma

Allahyarham Muhammad Husni rebah di medan selera di Sunway X Park pada malam Rabu sebelum disahkan meninggal dunia.

PEMAIN Piala Presiden Selangor FC, Muhammad Husni Idrus rebah ketika menjamu selera bersama rakan sepasukan selepas tamat perlawanan, sebelum disahkan meninggal dunia.

Selangor FC menerusi laman Facebooknya pada Khamis turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Hantaran tersebut tidak menyatakan punca kematian Muhammad Husni, 20, tetapi meminta keluarga Allahyarham diberi privasi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan Ku Mashariman Ku Mahmood dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, kejadian itu berlaku pada malam Rabu (25 Mei) di Sunway X Park di Petaling Jaya.

"Allahyarham adalah pemain bola sepak yang mengambil bahagian dalam Piala Presiden, mewakili Selangor.

"Selepas perlawanan dengan Johor, dia dan beberapa rakan sepasukan pergi menjamu selera tetapi dia mula mengalami kesukaran bernafas dan tidak sedarkan diri," katanya sambil menambah, Muhammad Husni mempunyai sejarah penyakit asma.

"Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian," katanya.

Kes itu telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain