suria

Yakin bola keluar gawang, penjaga gol rai terlebih awal... Akhirnya tahan malu kerana silap sendiri

Detik memalukan itu dirakam oleh seorang penonton yang duduk di belakang gawang. Foto: Twitter

DEK kerana terlalu yakin, seorang penjaga gol tidak sabar-sabar meraikan kejayaan selepas bola daripada pasukan lawan mengenai palang gawang.

Selepas menyaksikan bola hasil hantaran penalti pasukan lawannya terkena palang, penjaga gol tersebut berlari dengan gembira untuk meraikannya dengan rakan sepasukan yang lain ke tengah padang.

Namun malangnya, bola tersebut kemudian melantun dan memasuki gawang, menyaksikan pasukan lawan memperoleh skor.

Penjaga gol malang itu tidak dapat menahan malu kerana 'menghadiahkan' jaringan untuk pasukan lawan, dek kerana kesilapan sendiri.

Seorang penyokong yang berdiri di belakang gawang berjaya merakam detik tersebut dengan sempurna dan kemudian menghantar rakaman itu kepada Soccer AM untuk disiarkan di saluran media sosial mereka.

Video pendek itu kini telah meraih lebih 12,000 tontonan di Twitter. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain