suria

Georgina tayang foto dalam jet peribadi mewah, tulis ayat romantis untuk Ronaldo

Georgina berkongsi gambar di dalam jet peribadi mewah dengan Ronaldo. Foto: Instagram

GEORGINA Rodriguez berkongsi beberapa keping gambarnya di dalam jet peribadi mewah bersama Cristiano Ronaldo di laman Instagram.

Menerusi ruangan kapsyen, model berusia 28 tahun itu menulis: "Beberapa hari lalu bersama lelaki idaman saya".

Sungguhpun baru melahirkan cahaya mata, Georgina kelihatan langsing dan menawan dalam gaun berwarna krim.

Gambar-gambar berkenaan menyusul selepas sambutan hari jadi ke-5 pasangan kembar Eva dan Mateo, hujung minggu lalu.

Sambutan hari jadi tersebut turut disertai oleh tiga anaknya yang lain; Cristiano Jr, 11; Alana (4 tahun) dan Bella yang berusia satu bulan.

Untuk rekod, pasangan tersebut pada April lalu mengumumkan berita duka kehilangan salah seorang bayi kembar mereka, yang meninggal dunia ketika dilahirkan. - Dailymail.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

JDT: TMJ umum undur diri

Artikel Berikut

Artikel Lain